Wednesday, 8 April 2015

Sejarah Penakap awal

Powel ialah bekas anggota tentera berpangkat Leftenan Jeneral. Selepas penubuhan Pergerakan Pengakap, beliau memperkenalkan Pandu Puteri ("Girl Guides") pada tahun1910 dengan bantuan saudara perempuannya, Agnes Baden-Powell. Pada tahun 1910, Pergerakan Pengakap bermula di Malaysia.
Sekumpulan kecil Kumpulan Pengakap ditubuhkan pada tahun 1908 diberikan hak memakai saputangan hijau sebagai penghormatan keahlian mereka bagi kumpulan perintis.
Pergerakan Pengakap merebak ke seluruh United Kingdom tidak lama selepas penerbitan Scouting For Boys. Pergerakan Pengakap dengan pantas menjadi organisasi tersendiri. Pergerakan Pengakap berjalan dengan pantas ke seluruh Empayar British. Unit luar yang pertama disah dan dicatatkan (chartered) di Malta. Benih Pengakap bermula di MafekingAfrika Selatan, di mana Baden Powell berkhidmat sebagai pegawai pemerintah ketika Perang Boer 1899 - 1902. Baden-Powell mempertahankan bandar tersebut daripada Boers (Afrikaner), yang berganda lebih besar jumlahnya berbanding anggotanya pada nisbah lapan kepada satu. Dia membentuk Kor Kadet Mafeking untuk membantu menyokong anggota tentera. Kor tersebut dianggotai sepenuhnya oleh sukarelawan remaja lelaki. Baden-Powell melatih pemuda tersebut dan mereka membuktikan diri mereka dengan baik, membantu mempertahankan bandar tersebut dengan jayanya (1899 - 1900). Setiap anggota Kor Kadet menerima lencana, gabungan titik kompas dan kepala lembing. Logo ini akhirnya menjadi fleur-de-lis, yang diambil Pengakap sebagai simbol antarabangsanya.
Batu peringatan di Pulau Brownsea, Pelabuhan Poole, England, memperingati kem Pengakap pertama.
Hasil daripada statusnya sebagai wira antarabangsa, didapati hasil daripada usaha gigihnya mempertahankan Mafeking ketika Pengepungan Mafeking "Siege of Mafeking", manual latihan tentera Baden-Powell, Aids to Scouting (Bantuan kepada Pengakap) (ditulis pada 1899) menjadi jualan utama dan digunakan oleh guru dan organisasi remaja.
Pada 1906Ernest Thompson Seton menghantar satu salinan bukunya kepada Baden-Powell berjudul The Birchbark Roll of the Woodcraft Indians (Gelong Kulit kayu Birch mengenai Seni Rimba Indian). Seton, berbangsa Kanada kelahiran Britishtinggal di Amerika Syarikat, kemudiannya bertemu Baden-Powell dan mereka berkongsi idea mengenai program latihan remaja.
Baden-Powell digalakkan untuk menulis semula Aids to Scouting untuk pembaca muda. Pada 1907 Baden-Powell telah menyiapkan draf bertajuk Boy Patrols. Pada tahun yang sama, untuk menguji sebahagian ideanya, Baden-Powell telah mengumpulkan 22 orang budak lelaki dari latar belakang sosial yang berlainan dan mengadakan perkhemahan selama seminggu, bermula 29 Julai, di Pulau Brownsea di Poole HarbourDorsetEngland. Kaedah organisasinya, sekarang dikenali sebagai Kaedah Patrol "Patrol Method", merupakan kunci kepada kaedah Pengakap, membenarkan kanak-kanak lelaki untuk menyusun diri mereka dalam kumpulan kecil dengan Ketua Patrol yang dilantik. Pada musim luruh 1907, selepas menerbitkan draf bukunya dan ekspedisi perkhemahan yang berjaya, Baden-Powell memulakan lawatan ceramah yang intensif yang diatur oleh penerbit bukunya, Pearsons, untuk mempromosi bukunya yang akan datang. Bermula Januari 1908penerbitan pertamanya muncul sebagai enam ansuran dalam majalah budak lelaki yang diterbitkan dua kali sebulan.
Bahagian tersebut kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku sebagai Scouting for Boys (Pengakap untuk Budak-budak Lelaki), pada masa sekarang dianggap sebagai edisi pertama Boy Scout Handbook (Buku Rujukan Pengakap). Pada masa itu Baden-Powell bermaksud buku tersebut akan memberikan idea untuk pertubuhan sedia ada, khususnya Boys' Brigade. Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki membentuk patrol Pengakap secara spontan dan membanjiri Baden-Powell dangan permohonan untuk bantuan. Dengan cara ini pergerakan Pengakap muncul tanpa disengajakan dan terbentuk disebabkan pergerakkannya sendiri. Ketika Pergerakan Pengakap berkembang, Unit Pengakap Laut "Sea Scout" dan Pengakap Udara "Air Scout" ditambah kepada pilihan Pergerakan Pengakap. Baden-Powell tidak dapat menasihati kesemua remaja yang meminta bantuannya. Untuk memberikan pimpinan dewasa, latihan diperlukan. Lencana Rimba "Wood Badge" dimajukan untuk mengiktiraf latihan kepimpinan dewasa. Pada tahun 1919 Gilwell Park dibeli sebagai tapak latihan dewasa dan tapak perkhemahan Pengakap. Baden-Powell turut menulis buku untuk membantu pemimpin yang berjudul Aids to Scoutmastership (Panduan untuk Kemahiran Berpengakap).
F.M.C Baden Powell, adik kepada BP memperkenalkan Pengakap Udara menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini ia membantu England dalam kempen Battle of Britain.
Warrington Baden Powell, abang kepada BP memperkenalkan Pengakap Laut menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini juga membantu England menjaga dan memerhati diperairan lautnya dengan bantuan unit tentera lautnya diperbatasan menjelang Perang Dunia Pertama

Lencana- lencana Penakap

Lencana Pengakap Kanak-Kanak

Lencana Asas
Ahli BasikalAhli RenangAhli Koleksi Hobi
Ahli PengembaraAhli Pekerja AmAhli Peladang Kecil
Ahli SainsAhli Pertolongan CemasAhli Pembaca Buku
Ahli Pembaca PetaAhli Penyelamat NyawaAhli Pelukis
Ahli PermainanAhli Pengurus RumahAhli Penghibur
Ahli OlahragaAhli KraftanganAhli Pemeliharaan Alam Sekitar

Ahli Pencinta Alam Semulajadi  
3 Lencana Utama
Lencana Keris GangsaLencana Keris PerakLencana Keris Emas

Sejarah penakap di malaysia

Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 2hb Julai 1910, 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England.

Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura.

Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya.

Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.

Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar.

Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.Perlis pula ialah pada tahun 1931.

Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia.

Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap

1910 Singapura F.C. Sands

1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) .

1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) .

1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman

1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff

1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker

1926 Perak I.R. Wheeler

1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone

1926 Selangor Ameen Akbar

1928 Johor

1927 Terengganu A.J. Gracle

1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong

1931

Info

Pada 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiran Hyde Park, London. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson Smyth Baden Powell. Bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, iaitu seorang maha guru di Universiti Oxford. Ibunya ialah anak seorang Laksamana British bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik-beradik. Pada usia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau dalam pemeliharaan ibunya. Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah. Beliau terkenal dengan nama ringkas BP. BP amat sayang kepada kanak-kanak.

BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan ditempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Ketua Inspektor pada tahun 1903.Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun 1899, BP merancang membawa pesanan-pesanan dan menggantikan askar-askar di medan perang dengan kanak kanak yang tinggal di bandar yang diserang itu.

Kepantasan dan kecekapan kanak kanak ini meninggalkan kesan yang amat dalam pada hati BP dan pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telah menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki.Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP telah mengarang sebuah buku bernama Scouting For Boys.BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini tidak dapat ditandingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya. Inti daripada pusaka yang ditinggalkannya ialah adunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib yang mengembangkan dasar dasar asas seorang manusia.

Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung bagi seluruh dunia.Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-sama isterinya. Lady Baden Powell, seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu BP dalam segala kerja mengembangkan pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-anaknya, meninggalkan Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika dan bermastautin di sebuah kampung yang aman dengan pemandangan yang indah, hutan yang menghijau, kemuncak gunung yang diselaputi oleh saiji; di situlah BP berehat setelah lama berbakti kepada dunia.Buku Scouting For Boys dijadikan panduan untuk semua pengakap dunia. Ramai yang telah menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia kecuali negara-negara komunis.Pergerakan pengakap telah memberi peluang kepada muda mudi mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan kecekapan dalam berbagai perkara yang diuji.

Pada mulanya masyarakat menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang janggal, tetapi Lord Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini perkhemahan bukan sahaja popular di kalangan pengakap malah di kalangan masyarakat biasa.Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah scperti 'Baron’ dan telah menjadi Ketua Pengakap Dunia. Pada tahun 1937, beliau menerima Order of Merit. Beliau telah meneruskan usaha dalam lapangan ini sehingga berumur 80 tahun.Beliau kemudiannya melancong ke serata pelosok dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan pengakap dan pandu puteri.

Seumur hidupnya, BP telah berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan pengakap.Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang khususnya pengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiang dikebumikan dengan penuh kchormatan di bawah bayang-bayang kelembutan Gunung Kenya.

Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pergerakan ini ialah :TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU.

Sejarah penakap kanak- kanak

PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP DUNIA
ROBERT BADEN-POWELL,

Potret Baden-Powell yang dipaparkan telah dihasilkan oleh David Jagger pada tahun 1929. Ia dipamerkan kepada beliau pada 6 August 1929 di Jamboree Dunia Ke III di Arrowe Park, Birkenhead, England. Ia dikenali sebagai "Coming Of Age Jamboree" sebagai penghargaan hari ulangtahun ke 21 Pengakap Sedunia. Ia merupakan potret yang paling disukai oleh Baden-Powell. Potret asli beliau dipamerkan di ruang pameran di Ibupejabat Pengakap Dunia (WOSM) di Geneva, Switzerland.

SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DI MALAYSIA
Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England).
Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915. Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.
Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.

Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.
Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri 

sejarah penakap

Selamat Datang Ke Penakap